BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 7, 2020

Puding Karamel

Bahan bahan:
¾ tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Karemel:
1 ½ cawan gula pasir
3 cawan air

Cara memasak: 
Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. 


Rujukan: Azie Kitcen

Read More......

Wednesday, December 3, 2014

Belajar di Oracle University, KL

Sijil profesional Oracle (Oracle professional certificates), kalau nak ambik peperiksaa  ni, digalakkan ambil kursusnya dulu.

Berada dprofessionalg Ikut kat 10, menara utara The Gardens (dekat Midvalley tu). Keluar je daripada. Lif akan nampak papan tanda ni.

Ade mesin ajaib ni. Korang nak minum kopi, milo dll. Cuma perlu tekan je butang yang ada kat situ.

Ade aiskrim free, ikut la korang nak makan banyak mana (kalau tak malu). 

Yang lain-lain macam biasa la. De makmal komputer. Tenaga pengajar dia memang profesional. 

Read More......

Monday, May 16, 2011

Kongsi: Lu Langsi Lu Mati



Saheizy Sam, apa lagi nak diperkatakan.
Filem ni best, memang best. Malaysia jarang buat filem aksi, yang banyaknye filem cintan cintun, citer hantu dan citer lawak. Tapi kali ni peminat filem di Malaysia dihidangkan dengan filem aksi, Kongsi. Mengisahkan tentang Tumulak (Saheizy Sam) membuat huru-hara dalam dunia kongsi gelap di KL. Lakonan para pelakon mantap, terutamanya bintang utama filem ini, Sam. Filem ini menghiburkan. Aksi-aksi kejar mengejar dan aksi pertarungan yang menarik (bagi filem Melayu). Rasa berbaloi gak la tgk citer ni. Cuma satu je yg slect, aku x faham jalan citer, aku xfhm apa motif dia, mgkn ada masalah dengan plot dia (teringat plak ms tgk Rempit V3). Secara keseluruhan 9.5/10, memang best.

Read More......

Momok: Jangan Panggil Aku


Cerita tentang hantu-hantu di Malaysia.
Best jugak la tengok citer ni. Aku rasa terhibur. Jalan citer ok. Kadang2 rasa macam citer 'Di Sini Ada Hantu' kahwin dengan 'Skrip 7707' dapat anak namanya 'Momok: Jangan Panggil Aku'. Jalan citer dia ok, mesej yang disampaikan, berjaya. Tahap keseraman, boleh tahan. Cuma yang lemah bab lakonan. Masih boleh diperbaiki. Dialog kadang-kadang aku rasa macam merapu. Ada juga pelakon yang aku rasa harus diberi pujian. Uncle seekers muncul kat dalam citer ni. Dia punya lakonan ok la. Nampak selesa depan kamera. Secara keseluruhan aku rasa ceita ni menghiburkan. Bagi peminat filem Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini sebab ia takkan ditayangkan di Astro First. Bagi bukan peminta filem Melayu, boleh tengok, tapi jangan letak jangkaan terlalu tinggi. Sekian, wasalam.

Read More......

Sunday, December 12, 2010

Cita-cita, cinta atau CINTA?


Mula-mula masuk, fokus kita adalah...

 
Tapi tak lama selepas itu, fokus kita adalah...

Atau mungkin, fokus kita ialah....
 

Dimanakan CINTA kita terhadap-Nya?

Bagaimana dengan mereka?




Sedarlah teman-temanku... majukan diri, jauhkan diri dari 'Distraction'.
Ingat matlamat kita.

Read More......

Thursday, June 3, 2010

Komandog Israel Serang Kapal Bantuan Kemanusiaan


Dunia digemparkan dengan serangan komanda Irael keatas kapal bantuan kemanusiaan kepada Palestin

Israel ni memang cilakak sikit, aku pun pelik, seluruh dunia takut dengan mereka. Harap-harap kali ni masyarakat dunia (PBB) buka la mata sikit tentang kekejaman mereka ni.

Hari ni aku beli 2 biji bantal. Dah beberapa minggu aku tdo tak berbantal, sakit2 tengkuk aku, hampeh tol. Mulai malam ni, tidurku akan ditemani 2 bantal ni. I love you my bantals.

Kat sebelah rumah aku ada anjing, nama dia Bobby (aku pn x pasti ejaannye). Anjing ni mmg hampeh, bila kami balik naik keta, dia senyap aje, bila aku jalan kaki, dia menyalak-nyalak, mcm aku ni pencuri. Mmg dasar son of a bitch betul la..

Kat sini ada 2 makanan yang spesel, 1 ialah nasi lemak rendang dan 1 lagi cendol pulut. Memang best, klu de masa datang la sini. Tapi kedua-duanya tak boleh dibeli pada masa yang sama sebab... hehehe...

Akhir sekali, rumah aku dah ada streamyx, hahahaha... 4mps, hahahaha... jangan jeles :P

Read More......

Thursday, January 21, 2010

Dasar Ibu Ayam





Seseorang akan mempertahankan apa pendapat atau prinsip mereka. Mereka lebih bersifat protektif apabila ada ancaman terhadap prionsip atau pendapat mereka. Dalam Islam, saudara seagama yang juga merangkap sahabat tidak boleh tidak bertegur sapa melebihi 3 hari. 3 hari yang diperuntukkan ini adalah untuk memberikan masa untuk bertenang. Selepas tiga hari mereka perlu berbaik jika tidak mereka berdosa. Saya membuat analogi di sini, manusia sebagai ibu ayam, dan pendapat atau prinsip hidup kita sebagi anak ayam. Ibu ayam akan mempertahankan anak-anaknye daripada sebarang ancaman walaupun pada hakikatnya, jika tiada anak-anaknya disitu, ibu ayam itulah yang pertama kan lari. Walaupun ular, atau apa saja ancaman. Ibu mana yang tak sayang anak, kan?


Wallahualam...




Read More......