BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 23, 2009

Bukan Superman



"Assalamualaikum, assalaumualaikum".
"Wa'alaikumussalam, ye adik jual apa hari ni", kata mak cik yg berusia dalam 30an itu tatkala ia keluar dr pintu rumahnya."Saya jual kuih karipap,kuih pau, apam gula merah, kuih donat dan kole kacang", jwb budak lelaki tersebut."Kalau mcm tu, bg makcik apam 2 ringgit, karipap 2 ringgit", pinta mak cik tersebut sambil menghulurkan duit sbyk RM4.00.
"Sy jual ye mak cik", kata budak itu smbil tersenyum.
"Mak cik beli",sahut mak cik itu, juga sambil tersenyum.

Begitulah rutin harian budak lelaki itu. Tatkala semua budak2 yg sebya dgnnya yg lain sdg belajar di sekolah, dia dan adiknya membawa bakul dgn basikal dr rumah ke rumah untuk menjual kuih. Umurnya baru 10 thn, muda, sungguh muda. Ibunya sudah bgn seawal jam 3 pg utk menyiapkan semua kuih tu. Ayahnya? Ayahnya terlibat dgn kemalangan di tempat kerja, ditimpa kayu balak n sdg terlantar di ats katil, jd ibunya lah yg bertgunggjwb mencari duit utk menyara keluarga.

Bukan mudah menjual kuih dr rumah ke rumah. Kadang2 ada tuan rumah yg tdk mahu walaupun hanya utk mnjwb salam budak itu. Tp budak itu faham, kehadirannya tdk sentiasa dialu2kn. Dia bukan lah tgl di kwsn perumahan org kaya, yg mampu membeli sarapan mereka stp hari. Mereka lebih suka membuat sarapan sendiri, jimat katanya. Ada juga suatu masa, budak itu dihalau kerana dianggap memekak pagi2 buta tatkala mereka sdg enak dibuai mimpi. Memekakkah ucapan salam itu?

Budak itu tdk bersekolah kerana masalah keluarga. Bahkan budak itu perlu mencari wang utk memastikan perut dia dan keluarganya diisi. Pagi jula kuih, balik dr jual kuih, dia pergi ke kilang bilis. Disana dia bekerja mengasingkan ikan2 selain drp ikan bilis. Dan tgh hr dia akn balik ke rumah utk memasak nasi dan lauk-pauk. Membungkusnya dan mmbwny ke kilang tersebut kerana disanalah juga di mana ibunya bekerja. Pada waktu petang barulah dia dan ibunya pulang ke rumah.Memasak ketika berusia 10 thn?

Tiga tahun telah berlalu, dan sekarang beliau sudah kembali bersekolah. Pada waktu pg beliau bekerja di kilang, menyiang sotong yg akan dieksport ke luar. Kerjanya bukan mudah, lebih2 lg bagi pelajar tingkatan satu yg berbdn agak kecil sepertinya.Pada waktu tgh hari beliau akn pulang ke rumah, memasak dan seterusnya pergi ke sekolah.

Ketika tingkatan 3, beliau bkerja pula di ladang kelapa sawit. Kerjanya makin berat. Ini adalh kerana kilang sotong tersebut telah bertukar tempat. Kerjanya agak mudah, iaitu mengangkat buah2 kelapa sawit dr kawasan dalam dan longgokkannya di tepi jalan utama. Pg dia ke sekolah, dan petang beliau kerja ladang. Meracun, membaja, tanam anak pokok dan menebas, semuanya dia buat. Pada masa ni badannya dah besar, bahkan lebih besar daripada ayahnya, biasalah, baru lepas baligh. Walaupun stp hari bermandi peluh, namun udara di ladang sgt nyman.

Pernah juga dia cuba kerja kontrak, kerja buat rumah sebab gajinya lebih mahal. Pada waktu cuti hujung tahun, beliau mengikut ayahnya kerja di tapak pembinaan rumah. 3 hari selepas itu budak itu demam dan terlantar di rumah. Ibunya membebel kerana budak itu tdk mendengar nasihatnya dulu bahawa diladang udara nyaman dan sejuk berbanding di tempat kerja kontrak yang panas terik dan berhabuk. "Hahaha... walaupun bdn aku lbh besar drp ayah, tp ayh jauh lebih kuat drp aku, hahahaha...well aku bukan superman..", katanya dalam hati sambil mentertawakan dirinya sendiri.

(Aku x pandai sgt menulis, ada slh silap minta maaf ye, yg pzt apa yg aku tulis jujur drp hati aku^_^)

Read More......

Saturday, July 18, 2009

I’m Sorry I Don’t Speak English



Hmm… this is the first time I write my post in English. I hope you would not laugh if I made mistake here. Ha ha ha… my friends have a big impression on me just because I got band 4 for my MUET. Well, to tell you the truth I don’t feels that I deserves it. My pronunciations are bad, my grammar is poor, as the conclusion, my English is sucks…


I can still remember, I was sixteen back then when me n my friend, a girl, my-girl-friend, but she is not my girlfriend in term of ‘that’ kind of relationship, we were just friend, nothing more and nothing less. Ok back to the story, me and my friend were chosen to represent my school to the aeronautics program called Future Aviator (like hell I care).

In that program I meet so many people from around this country accept Sabah and Serawak. Most of them came from science school. I mean they were elite student unlike me. We are like sky and earth. But I manage to fit in. I got two roommate, one from JB and THE other one is from Negeri Sembilan (I forgot which part). I can still remember, in only one day, we’ve became so closed each other that make us look like that we were friends for years. We didn’t sleep during the first night at the hotel. We spend the night talking and laughing, it’s so much fun.

That is the first time I sleep at a hotel like that. It has TV, refrigerator, air conditioner, bath tub, and the most interesting it have telephone. We used the phone to disturb others room. The views from the window are quite nice. I can see the pool and outside the place, I can see Selat Melaka. Talking about pool, that is the first time I swim with girls, I mean Malay girls. Ha ha ha… I am a kampong boy, maybe we used to swim at RBR (Rompin Beach Resort), but I never swim with any girls (I repeat Malay girls). I was so like ‘rusa masuk kampung’. D*mn h*t!

Okay, there something about this program that I have to tell you, we are supposes to speak English. The lecture, the tutorial, the tourist guide, it is all in English. Well, I may not have too much problems in order to understand it. It is just like watching sci-fi movie. It’s involved so many scientific terms. During that time, we learn science and math in Malays. To make it worst, I'm just starting my new year as SPM students, I didn’t even really know what is physic or aeronautic.

Some time it annoyed me when this people really showing off. Speaking English proudly, I’m not jealous for sure. It’s just that maybe I was too young to understand the important of English. The only reason I learn English back then was to past my exam.

There was a time in a bus, I sat with my friends. On my left is one beautiful girl, with fair skin, and a pair of cute hazel eyes. Do you still remember, the girl on the pool? Well, this is the girl that I was talking about. The different is now she is wearing a scarf. D*mn h*t, if only she would be my… nah, forget it.

She approach me, and she smile at me. I smile back at her. She said “What do you think about the program? ”. Then I answered “I’m a Malay, I’m sorry I don’t speak English”. Blush, the girl's face turns red. I don’t know whether she is shy or angry, the only thing I remember, she never smile at me anymore. Hell if I care.

Read More......

Thursday, July 16, 2009

Pepsi VS Coke



Ni adalah dialog yg mungkin lelaki akan disebut oleh lelaki apabila berhadapan dengan perempuan lawa dan perempuan kurang lawa...

> Kalau perempuan lawa pendiam
> Lelaki akan cakap: Wau... ciri-ciri isteri idaman...
> kalau perempuan tak lawa pendiam
> Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...




> kalau perempuan lawa berbuat jahat
> Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
> kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
> Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

> kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
> Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
> kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
> Lelaki akan kata: taktik nak ngorat la tu...

> kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
> Lelaki akan kata: ok gak la....
> kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
> Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tu.

> kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
> Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
> kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
> Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

> kalau perempuan lawa penyayang binatang
> Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
> kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
> Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

> kalau perempuan lawa bawa BMW
> Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
> kalau perempuan tak lawa bawa BMW
> Lelaki akan cakap: msti anak org kaya nih.....

> kalau perempuan lawa tak mau bergambar
> Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
> kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
> Lelaki akan kata: sedar pun diri...

> kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
> Lelaki akan cakap: caring sungguh....
> kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
> Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

> kalau perempuan lawa bersedih hati
> Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy..
> kalau perempuan tak lawa bersedih hati
> Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

> kalau perempuan lawa masak
> Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
> kalau perempuan tak lawa masak
> Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

> kalau perempuan lawa main2 miss call
> Lelaki akan kata: takpe...
> kalau perempuan tak lawa main2 miss call
> Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

> kalau perempuan lawa hantar2 email
> Lelaki akan kata: sukenya....
> kalau perempuan tak lawa hantar2 email
> Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring

Hahahaha... kalau nak tulis banyak sgt lagi tapi ni la hakikatnya..
ianya ironi bukan?


Read More......

Tuesday, July 14, 2009

Transformers: Revenge of the Fallen (Dendam Sang Robot Yang Jatuh)



Hari rabu minggu lepas aku dan kawan-kawan pergi tengok wayang. Cuba teka filem apa?Errrkkk... bukan, bukan jgn pandang belakang congkak. Aku tengok filem transformers...

Apa? Aku tak sokong industri filem tempatan? Tak lah aku sokong jek, cuma masa tu aku tengah tak de duit, dan masa pun tak banyak free. Eh, aku sokong la industri perfileman negara. Geng, sifu dan tongga, rasukan ablasa dan len2 lagi filem tempatan aku dah tengok.

Best gila ah citer tu, daripada mula citer sampai habis, penuh dengan aksi. Tak rugi plak rasa duit aku RM6.00 tu hahaha... Sinopsis dia lebih kurang macam ni... megatron dah hidup semula, dia dan tuannya the fallen merancang nak musnahkan matahari menggunakan Sun Harvester. Optimus prime plak mati ketika berlawan dengan megatron dan starscream. Kemunculan jetfire plak merumitkan lagi cerita ni? Macam mn dengan nasib Bumi dan matahari?

Siapa jetfire? Setelah kematian Optimus Prime, waris terakhir keturunan prime, satu2nya clan yang mampu melawan the fallen, siapa lagi yang mampu mengalahkan The Fallen?

Nak tau sampai hbs kena la tgk. Aku xnk spoil kan kat sini. Tapi aku de la beberapa view nak tulis kat sini, diingatkan, ni adalah pandangan aku, seorang manusia biasa terhadap movie yang aku tengok. So mungkin ada betul dan ada silap.

First aku pelik kenapa dalam Movie pertama optimus prime tu xde la power sangat. Tapi dalam movie kedua ni, senang2 je dia belasah starscream dan megatron. Paztu bumblebee pun tetiba jadi power. N sepatutnya alat utk dia bercakap dah elok, tp dia msh mengada2 nak gak guna radio utk bercakap. Mungkin dah jd trademark kot.



Pastu kemunculan transformers Jetfire plak, sebuah jet Blackbird yg telah bertukar pihak drp Decepticon kepada autobots. Masa ni dia siap pakai tongkat utk berjalan. Tapi bila dia bg badan dia kat optimus prime jd power gile2... sekarang baru la ada Jet Prime huwaa.. hahaha...

Tapi masa tgk movie ni aku agak merana sebab duduk dekat sgt dgn screen, pening kepala aku.. mata aku pun dah berair... at last aku n kwn aku pindah duk belakang sket... hehehe.. suka2 je kan?:p

Read More......

Thursday, July 9, 2009

Siapa lebih bodoh? Sibodoh atau si lebih bodoh?



Ada yang mengatakan seoarang sahabat sejati bernilai seribu orang kawan. Teman, sahabat, kawan, rakan atau apa jua nama yang diberikan adalah salah satu nikamat dari Allah SWT. Aku sendiri pun kadang-kadang terfikir, adakah aku seorang kawan, seorang teman, seorang sahabat yang baik. Apa itu persahabatan yang sejati?


Di sini ada satu cerita yang aku nak kongsi dengan korang semua, mungkin ada kekurangan atau kesilapan, tapi cuba kita tidak melihat dari segi fakta, tapi lebih kepada nilai yang terdapat di dalam cerita ini….
AMIRUL Mukminin Khalifah Sulaiman Abdul Malik adalah sepupu Umar Abdul Aziz. Hubungan mereka sangat erat sehingga khalifah menamakan Umar sebagai pewaris takhtanya. Walaupun kaum kerabat khalifah tidak menyukainya, khalifah tetap meneruskan hasratnya itu kerana Umar amat taat kepada agama.

Seorang menteri dan penasihat khalifah terkenal alim lagi warak, Raja’ Haiwah menasihati Sulaiman sewaktu akhir hayatnya: “Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau akan dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat daripada Allah SWT di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu? Jawab Khalifah Sulaiman: Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz.”

Suatu hari, sewaktu pemerintahannya, Sulaiman mengajak Umar ke kem tentera Bani Umayyah. Sulaiman bertanya kepada Umar: “Apakah yang kamu lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?” Khalifah nampak terlalu bangga ketika melihat kekuatan pasukan yang sudah dilatih.

Namun Umar menjawab tanpa rasa takut: “Aku sedang melihat dunia itu sedang dilahap antara satu sama lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggungjawab dan akan ditanyakan oleh Allah SWT mengenainya.”

Khalifah Sulaiman berkata lagi: “Tidakkah kamu takjub dengan kehebatan pemerintahan kita ini? Jawab Umar lagi: “Bahkan yang paling hebat dan membuatku takjub ialah orang yang mengenali Allah SWT kemudian menderhakai-Nya, mengenali syaitan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepadanya.”

Mengamati perbualan antara khalifah dan sahabat sejatinya, Umar Abdul Aziz itu jelas terlihat keikhlasan dan cinta kasih dalam perhubungan dua insan atas nama persahabatan dunia akhirat. Sulaiman menangis setiap kali Umar menasihati dengan penuh kasih sayang.

Kedua-dua bapa mereka iaitu Abdul Malik dan Abdul Aziz adalah adik beradik daripada keturunan kerajaan Bani Umayyah. Pertalian darah merapatkan hubungan mereka. Namun yang paling ketara ialah pertalian hati yang ikhlas kerana Allah SWT dalam mencintai saudaranya.

Teman paling rapat kadang-kadang boleh menjadi musuh dalam selimut melainkan orang dipelihara Allah SWT hati mereka daripada khianat, dengki yang disembunyi dan dendam yang dipendam. Dunia menunjukkan kesudahan orang yang teraniaya angkara teman sendiri, ada yang muflis disebabkan mahu menolong kawan.Dipenjara kerana membela orang yang istimewa baginya tetapi orang itu akhirnya langsung tidak mengenang budi dan jasa sahabatnya itu. Semua terjadi kerana sikap kepura-puraan, bermuka-muka dan saling mengampu. Hubungan yang tidak diasaskan dengan kejujuran, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah sahabat sejati ialah persahabatan yng dijalinkan kerana mahu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Pemuda Islam, Alhamdulillah.




Read More......

Monday, July 6, 2009

Minggu Haluan Siswa Untuk Pelajar Kanan



Tiga orang akademia buta sedang berdiri di hadapan seekor gajah. Seorang pelajar junior, seorang pelajar senior, dan seorang pensyarah...

Pelajar junior ini memegang belalai gajah tersebut lalu disangkanya ular.

"Ular" teriaknya.

Pelajar senior membantah, katanya, "bukan ular, tapi kayu balak-lah!" Sambil memegang kaki gajah tersebut.

Pelajar junior tadi mengiyakan kata-kata senior-nya, "baiklah, ini kayu balak," sambil memegang belalai gajah tersebut.

"Salah!" Teriak pensyarah itu. "Korang semua salah! Ini dinding," sambil memegang sisi badan gajah tersebut.

Pelajar junior dan senior tadi mengiyakan kata-kata pensyarahnya, "baiklah, ini dinding," sambil memegang belalai dan kaki gajah masing-masing.

(Moral: Jangan mengikut secara membuta tuli)

Read More......

Hulk kena tipu hidup-hidup?



Pernah tengok The Incredible Hulk? Macam mana mamat tu boleh jadi kuat, ada kebolehan yang luarbiasa. Mula-mula dia terkena sinaran radioaktif, dan seterusnya... hahaha.. rasanya anda dah tahu... tapi apa ayang anda mungkin tak tau ialah...


Sebenarnya reputan radioaktif adalah susunan pelbagai proses-proses yang mana nukleus atom tidak stabil (nuklid) memancarkan zarah subatom (sinaran). Pereputan dikatakan berlaku dalam nukleus induk dan mengeluarkan satu nukleus anak dan ini adalah satu proses rawak.

Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.
Mutasi dalam istilah biologi merujuk kepada pertukaran kepada jujukan pasangan asas bahan genetik (samaada DNA atau RNA). Mutasi boleh disebabkan kesilapan penyalinan dalam bahan genetik semasa pembahagian seldan oleh dedahan kepada ultra ungu atau radiasi mengion, mutagen kimia, atau virus biologi, atau boleh berlaku secara sengaja dibawah kawalan selular semasa proses meiosis atau hiperpermutasi.

Kesan sinaran radiokatif adalah buruk seperti kanser dan mutasi, tiada yang elok. Dalam filem-filem menunujukkkan bahawa kesan radiasi adalah bagus, seperti memberikan kuasa dan kebolehan yang luarbiasa. Pada hakikatnya kesannya adalah buruk, dan membawa derita.. seperti yang berlaku di Nagasaki dan Hiroshima.Mereka yang terkena bom terbakar keraa sinaran, ada yang mereput dan ada yang melahirkan anak-anak yang cacat.

Jadi jangan la percaya sangat bahawa terkena sinaran radioaktif boleh bagi superpower. Kita hendaklah memenuhkan ilmu di dada supaya tidak mudah ditipu kerana kita umat Islam. Pemuda Islam, alhamdulillah.

Read More......

Saturday, July 4, 2009

L changes the word?



Sejak akhir-akhir ni banyak betul aku jumpa perkataan emo, kat mana-mana je. Yang pelikya orang kiTA orang Melayu pun ada yang minat dengan obses dengan emo ni. Apa emo ni? Adakah emo tu sama mcm Ghotic? Dan kadang-kadang L death note pun nampak macam emo gak kan?


Emo atau emocore merupakan salah satu subgenre punk hardcore yang bermula pada penghujung tahun 1980-an. Band yang sering dikatakan mula-mula membawa genre ini adalah band hardcore Rites of Spring dan Embrace yang merupakan band-band dari scene DC.

Kemudiannya pada pertengahan 1990-an, istilah emo mula digunakan untuk merujuk scene indie yang terpengaruh dengan bunyi Fugazi. Band-band ini mempunyai bunyi emo yang berstail rock indie, lebih melodik dan kurang onar. Antara band-band awal dalam scene ini adalah Sunny Day Real Estate dan Texas Is The Reason.


(MCR)
Emo sering disalah labelkan untuk band-band mainstream seperti Bullets For My Valentine, Avenged Sevenfold dan sebagainya kerana mempunyai bunyian yang hampir serupa. Band-band seperti My Chemical Romance dan Fall Out Boy juga disalah ertikan sebagai emo kerana penampilan mereka iaitu mempunyai fashion dan stail rambut budak emo.


(Fesyen dan gaya rambut emo)
Di Malaysia, wujud emo rock, emo punk dan sebagainya walaupun sebenarnya genre itu tidak pernah wujud dalam scene emo yang sebenar. Sebenarnya cuma ada emo (emotive hardcore) dan satu bentuk emo yang lebih onar iaitu screamo. Emo rock dan emo punk mungkin wujud disebabkan pengaruh media dan salah faham seperti yang telah dinyatakan di atas.

Kita orang Melayu ada budaya kita sendiri, budaya yang halus, yang cantik Jadi mengapa kita harus mengagung-agungkan budaya luar. Fahamilah sesuatu pekara itu sebelum mengagung-agungkannya. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk... kita jadikan sempadan. Pemuda Islam, Alhamdulillah...

Read More......