BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 21, 2009



Terima kasih

Read More......

Thursday, June 18, 2009

Harry Potter Anak Buah Nenek Kebayan?



Sejak akhir-akhir ini kita banyak dihidangkan dengan kisah-kisah mistik dalam tv. Ada yang berbentuk drama bersiri, ada yang berbentuk filem dan ada juga yang berbentuk telemovie. Tapi ada satu masa saya menonton satu drama melayu didalam tv. Jumaat keliwon kalau tidak silap saya. Ia mengisahkan tentang pengamal ilmu sihir yang menggunakan sihirnya untuk tujuan jahat. Akhir cerita, dia dikalahkan oleh satu lagi ahli sihir baik. Apa itu sihir? Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.


TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan.Tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Kesimpulannya disini, tiada apa yang baik melalui sihir, ia adalah haram walaupun untuk berubat, ingatlah "matlamat tidak menghalalkan cara". Saya tidak bersetuju dengan penamat drama tv tersebut iaitu ahli sihir jahat dihukum oleh ahli sihir baik.Ia boleh meracuni mentaliti generasi muda. Berserah diri kepada Allah S.W.T. dan berdoalah kepadanya. Semoga kita semua dirahmati-Nya. Pemuda Islam, alhamdulillah.

Read More......

Tuesday, June 16, 2009

Ninja? Kakashi sensei?

Zaman sekarang kita sudah biasa dengan budaya couple. Aku sendiri pun tak terlepas daripada budaya ini hehehe.. tapi tak bermakna kalau kita couple kita boleh buat apa yang kita mahu. Dalam Islam kita diajar dengan ta'ruf.



Taaruf adalah satu konsep perkenalan yang diajar dan dituntut perlaksanannya didalam agama islam. Sebagaimana yang kita ketahui mengenai konsep ini juga selari dengan mana-mana konsep yang melibatkan 2 belah pihak yang baru berjumpa yang ingin memulakan perbualan. 

Dalam Islam kebiasaanya,lafaz salam digunakan di awal perbualan dan dituruti dengan pertanyaan soalan-soalan ringkas mengenai peribadi kedua-dua belah pihak itu. taaruf di dalam Islam boleh digambarkan dengan begitu simbolik sekali. Ini adalah kerana, taaruf itu sendiri telah memainkan banyak peranan yang penting dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Lebih-lebih lagi jika, perhubungan yang dijalinkan itu sedia untuk diikat dengan ikatan ukhuwwah ataupun ikatan pernikahan.
Semoga kita semua dirahmati-Nya, amin. Pemuda Islam, alhamdulillah!

Read More......

Rambut Panjang Bukan Rockers?



Ketika aku sedang mengemas buku-buku lama aku, aku terjumpa buku Structuring Data And Algoritmhs. Di belakang buku itu aku terbaca tentang seorang ahli matematik yang terkenal, ahli fizik, ahli teori dan ahli falsafah pernah berkata "Jika kamu telah melihat(lebih jauh daripada orang lain), ianya adalah dengan berdiri di atas badan seorang gergasi ."Siapakah tokoh itu? Beliau tidak lain tidak bukan ialah Sir Isaac Newton.

Sir Isaac Newton (lahir pada 4 Januari 1642 dan mati pada31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan Hukum Pergerakan dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan.

Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di county Lincolnshire. Bapanya meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Newton merupakan kanak-kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.

Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang anda putarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.

Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna.

Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.

Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna.Beliau juga telah menemui Hukum gerakan Newton.

Walapun beliau bukan seorang muslim, namun kita patut mencontohi kegigihan beliau dalam mengkaji ilmu sains. Lantas mengembalikan keagungan tamadun Islam seperti suatu masa dahulu. Kita sebagai generasi pelapislah yang bertanggungjawab memikul tanggungjawab ini. Pemuda Islam, Alhamdulillah!

Read More......

Gerbang Perkahwinan

Pada musim cuti sekolah ini, ramai yang menagadakan kenduri kahwin sampai aku balik rumah pun susah nak jumpa mak aku sebab ada saja jemputan kenduri kahwin. Kalau nak jemput mak aku makan aje tak apa lah. Sebaliknya mak aku dijemput untuk jadi tukang masak. Kesian mak aku, penat dia. Tapi tak apa lah, asalkan mak aku gembira melakukannya ku pun turut gembira.

Dalam institut perkahwinan Allah SWT telah mengamanahkan tanggungjawab mengharmonikan keluarga kepada pasangan suami isteri. Tanggungjawab ini merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh setiap pasangan dan pelaksanaannya seperti yang dikehendaki Allah SWT akan membawa kebahagiaaan kepada keluarga.
Oleh itu, setiap pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan bersefahaman dalam menjalani amanah Allah. Mereka perlu mencontohi keluarga Rasullulah SAW ke arah menjadikan rumahtangga sebagai syurga di dunia. Perjalanan hidup berumahtangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh. Semoga apa yang kita usahakan mendapat berkat dari Allah SWT, amin.
Keluarga Islam, alhamdulillah!

Read More......

MAT REMPIT KINI DIMANA-MANA


Kelihatan seperti mat rempit kampung. Menunggang motosikal tidak tentu arah dengan cara yang amat merbahayakan nyawa mereka dan juga orang. Sehinggakan kadang-kadang ada yang membawa maut....

Dewan Bahasa Pustaka mencadangkan pengggunaan samseng jalanan bagi menggantikan mat rempit. Dulu juga begini, ada yang mencadangkan mat bodoh bagi menggantikan mat rempit. Berbalik kepada gambar ini,walaupun begitu hakikatnya bukan semua penunggang motosikal adalah mat rempit. Sebagai contoh, mereka ini pergi menunaikan solat Jumaat. Pemuda Islam, alhamdulillah.



Read More......

Monday, June 15, 2009

Hye


Hello^_^

Read More......