BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 9, 2009

HATI SEORANG PUTERI



Semua perempuan adalah puteri...

Orang selalu merujuk kat aku bila berkenaan dengan perempuan seolah-olah aku ni pandai sangat berkenaan dengan perempuan. Memang la aku pernah couple (couple of time jugak la, hahahaha..), tp aku bukannye faham sangat tentang perempuan.

Jiwa perempuan sangat complicated, sama seperti badannya juga. Jiwanya sangat halus dan sensatif. Pekara yang mungkin remeh temeh bagi kita, mungkin sesuatu yang besar bg dia, dan mungkin boleh membuatnya merasa hati. Sebagai contoh kita sebagai lelaki menganggap tarikh ulang tahun pertemuan adalah sesuatu pejkara yang remeh temeh, dan kita terlupa akannya, dan si dia akan menganggap kita tidak sayang kepada dia. Bukan kerana dia berfikiran negatif atau pesimis, tetapi itulah perempuan, jiwanya sangat halus.

Tetapi tidak semua wanita begitu, ada juga yang tidak begitu mempedulikan pekara seprti ulang tahun dan sebagainya, tetapi ini tidak bermaksud tiada apa yang sensatif bagi mereka.

Zaman sekarang sangat popular couple dalam sms, yelah, nak jumpa jauh, sorang blaja kat utara, sorang blaja kat selatan. Tetapi bagus juga, orang dulu-dulu kata sayang kan isteri tinggal2 kan. Lagipun sebelum kahwin, x elok duduk dekat2 sgt, bahaya.

Bukan senang nak jaga hubungan walapun dah ada handphone dan boleh sms. Sesetgh lelaki selalunya apabila melakukan sesuatu (yang dia suka), biasanya dia tidak akan pedulikan pekara lain, termasuklah pasangan mereka. Ini boleh mengakibatkan pihak perempuan mudah berasa kecil hati.

Sebagai lelaki kita perlu banyak mengalah. Kita perlu mengawal emosi kita terlebih dahulu sebelum mahu mengawal keadaan. Fikir dahulu sebelum bercakap. Gunakan kebijaksanaan kita. Jangan terlalu ego dan jangan pula tiada ego langsung sampai boleh dipijak.

Jadi bagi lelaki2 di luar sana, jagalah hati perempuan seprti seorang puteri, kerana itulah mereka yang sebenarnya.

Read More......