BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 19, 2009

SUSU SOYA DISIMPAN LAMA-LAMA TIDAK AKAN JADI KEJU

Blog dah jd tempat x baik? Betulkah?

Aku orang yang tak suka marah. Bila oring marah, aku siap boleh bergurau sebab nak redakan keadaan. Aku selalu pendam apa yang aku rasa. Kalau aku kecik ati dengan orang, aku selalu pendam je dan berfikir positif, aku cuba terima seadanya. Tapi sekarang dah dekat dengan exam, dengan keadaan mak aku, masalah family aku, aku rasa terlalu berat aku nak pikul. Semalam (18 oktober), kepala aku serabut sangat. Pendrive yang ada assignment aku n group aku hilang. Aku rasa mcm nak mereng jek. Dah la sadam x siap lg. Paztu dalam bilik plak bising semacam, hr2 lain aku boleh terima lg, kdg2 sampai mlm2 buta memekak, buka lagu kuat2 dgn lap top, padahal dia tidur, ok xpe la, asalkan dia bahagia. Tp semalam aku xleh terima,nak aje aku tegur suruh guna earphone ke ape ke. Tp aku xnk, aku nak jg hati kwn aku, aku tahankn aje, sampai kepala kau kusut sgt, aku telan 4 biji panadol actifast. Xtau sbb panadol ke apa, ok sket kusut kepala aku(semuanya dr Allah, panadol hanya sebab didunia shj).
N pendrive dah jumpa. Subuh td, aku dah bangun, paztu aku nampak kwn aku bc doa paztu hembus kat aku, ok la, mak aku pun slalu wat kat aku, tp tu MAK aku. aku dah semayang subuh, pztu de org tegur aku. Aku plak g wat lawak smpai kwn aku megucap panjang. Ok aku salah. Tp aku mmg mcm ni, klu aku buat sbb rs terpaksa, x ikhlas. Aku nak buat biar la ikhlas, klu x suruh pun aku g surau, tp xkan aku nak kecoh 1 kampung? Petang ni aku bangun dalam kul 5. Aku tgh mamai2, tgh serabut kepala lg, de org soh aku semayang, aku ckp, tgu jap, aku tgh mamai lg. pztu dia ck papa ntah lg, aku pun x berapa dgr, sbb tgh mamai. Aku masuk bilik n ckp aku rs mcm nak tukar bilik. Pastu aku buka FB, de org ckp aku marah. Sape lah aku untuk marah. Aku bukan anak org2 besar, bukan anak org2 berada. Aku x layak nak marah2.
Aku datang sini nak belajar. Mak n ayah aku xde harta nak bg, ilmu je yg diorg leh bg, harapan diorg kat aku tgi. Aku cuma nak blaja aku xnak gangguan. Aku cuba jadi pelajar yang baik, aku cuba buat semua assignment n group assignment dgn baik. Kdg2 sampai individual asgmnt plak x anta. Aku Cuma nak blaja, klu korg de agenda korg sendiri, korg buat la, but please, don’t disturb me. Jgn perli2 aku lg, klu de pe ckp terus. Klu x suka kwn dgn aku, ok fine, aku ni jahat, aku tau, x layak kwn dgn korg. Aku sorg je yg couple, aku sorg je solat subuh dlm bilik, aku sorg je yg isap rokok… errrkkk.. pembetulan aku x isap. Bukan sbb apa, mls nak mula, susah nk berhenti nnt.
Dah la, aku membebel pnjg2 pun x guna, aku sentiasa salah. Yelah, dak jahat. Aku jg hati org, tp org perli2 aku plak. Ingt aku couple mcm org len ke? Lgpun apa couple2 ni? Aku rs x salah berkwn selagi jg adab n x melanggar syariah. Aku bukan bwk anak dara org gi nek motor or nek keta g taman2 bunga or hoetl2. Aku g shoping, g umah dia, g makan. Tu pun kdg2 dia ajak kwn2, xpun akak dia. Aku nek pun bas, sbb aku taw klu 2 org nek keta or moto, bahaya, nnt ada pihak ke-3. Please la, jgn samakan aku dgn org lain. Aku minta izin dgn mak n bapak dia dulu, x gentleman la keluar senyap2. Ok, aku mengaku couple tetap salah, ok fine. Pekata kita jgn pgl couple, kita pgl bertunang? Mmg la x anta cincin or pepe lg, tp summer org dah tau. Bertunang ni maksudnye berjanji. N mmg la, bertunang pun masih belum halal lg. Tp masalahnya, jgn la gatal2 wat menda haram. Ahhh… kusut la, aku xnak makn panadol byk2 lg, rosakkkan buah pinngang aku jek.

Read More......

Wednesday, October 14, 2009

BERKAWAN BIAR BERIBU



I love all my friends, but is it true... well you judge it yourself, because you are also my friend....


Perihal Mengenai Sahabat

Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

CARA-Cara memilih Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

(dipetik dan di adaptasi dari artikal i Luv Islam)

Read More......

Tuesday, October 13, 2009

Roket







Read More......