Ada yang mengatakan seoarang sahabat sejati bernilai seribu orang kawan. Teman, sahabat, kawan, rakan atau apa jua nama yang diberikan adalah salah satu nikamat dari Allah SWT. Aku sendiri pun kadang-kadang terfikir, adakah aku seorang kawan, seorang teman, seorang sahabat yang baik. Apa itu persahabatan yang sejati?
Di sini ada satu cerita yang aku nak kongsi dengan korang semua, mungkin ada kekurangan atau kesilapan, tapi cuba kita tidak melihat dari segi fakta, tapi lebih kepada nilai yang terdapat di dalam cerita ini….
AMIRUL Mukminin Khalifah Sulaiman Abdul Malik adalah sepupu Umar Abdul Aziz. Hubungan mereka sangat erat sehingga khalifah menamakan Umar sebagai pewaris takhtanya. Walaupun kaum kerabat khalifah tidak menyukainya, khalifah tetap meneruskan hasratnya itu kerana Umar amat taat kepada agama.
Seorang menteri dan penasihat khalifah terkenal alim lagi warak, Raja’ Haiwah menasihati Sulaiman sewaktu akhir hayatnya: “Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau akan dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat daripada Allah SWT di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu? Jawab Khalifah Sulaiman: Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz.”
Suatu hari, sewaktu pemerintahannya, Sulaiman mengajak Umar ke kem tentera Bani Umayyah. Sulaiman bertanya kepada Umar: “Apakah yang kamu lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?” Khalifah nampak terlalu bangga ketika melihat kekuatan pasukan yang sudah dilatih.
Namun Umar menjawab tanpa rasa takut: “Aku sedang melihat dunia itu sedang dilahap antara satu sama lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggungjawab dan akan ditanyakan oleh Allah SWT mengenainya.”
Khalifah Sulaiman berkata lagi: “Tidakkah kamu takjub dengan kehebatan pemerintahan kita ini? Jawab Umar lagi: “Bahkan yang paling hebat dan membuatku takjub ialah orang yang mengenali Allah SWT kemudian menderhakai-Nya, mengenali syaitan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepadanya.”
Mengamati perbualan antara khalifah dan sahabat sejatinya, Umar Abdul Aziz itu jelas terlihat keikhlasan dan cinta kasih dalam perhubungan dua insan atas nama persahabatan dunia akhirat. Sulaiman menangis setiap kali Umar menasihati dengan penuh kasih sayang.
Kedua-dua bapa mereka iaitu Abdul Malik dan Abdul Aziz adalah adik beradik daripada keturunan kerajaan Bani Umayyah. Pertalian darah merapatkan hubungan mereka. Namun yang paling ketara ialah pertalian hati yang ikhlas kerana Allah SWT dalam mencintai saudaranya.
Teman paling rapat kadang-kadang boleh menjadi musuh dalam selimut melainkan orang dipelihara Allah SWT hati mereka daripada khianat, dengki yang disembunyi dan dendam yang dipendam. Dunia menunjukkan kesudahan orang yang teraniaya angkara teman sendiri, ada yang muflis disebabkan mahu menolong kawan.Dipenjara kerana membela orang yang istimewa baginya tetapi orang itu akhirnya langsung tidak mengenang budi dan jasa sahabatnya itu. Semua terjadi kerana sikap kepura-puraan, bermuka-muka dan saling mengampu. Hubungan yang tidak diasaskan dengan kejujuran, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah sahabat sejati ialah persahabatan yng dijalinkan kerana mahu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Pemuda Islam, Alhamdulillah.
A Rose for Emily
-
A Rose for Emily
By:Joseph Robinette,William Faulkner
Published on 1983 by Dramatic Publishing
This Book was ranked at *36* by Google Books *for* keyword ...
5 years ago
2 comments:
sesungguhnya...
yg penting tu lg penting drpd yg terpenting sbb yg terpenting tu lg penting drpd yg terpenting..
renung-renungkan...
dan slamat beramal...
sungguh sukar untuk dijawab..
siapa lagi bodoh..
setiap orang ada kelebihan, mungkin orang A lebih pandai dari B dalam subjek C, tapi B lg pandai dari A dalam subjek D..
jadi kita tambah markah subjek C dan D baru tau sapa lagi bodoh...
Post a Comment