BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 4, 2009

L changes the word?



Sejak akhir-akhir ni banyak betul aku jumpa perkataan emo, kat mana-mana je. Yang pelikya orang kiTA orang Melayu pun ada yang minat dengan obses dengan emo ni. Apa emo ni? Adakah emo tu sama mcm Ghotic? Dan kadang-kadang L death note pun nampak macam emo gak kan?


Emo atau emocore merupakan salah satu subgenre punk hardcore yang bermula pada penghujung tahun 1980-an. Band yang sering dikatakan mula-mula membawa genre ini adalah band hardcore Rites of Spring dan Embrace yang merupakan band-band dari scene DC.

Kemudiannya pada pertengahan 1990-an, istilah emo mula digunakan untuk merujuk scene indie yang terpengaruh dengan bunyi Fugazi. Band-band ini mempunyai bunyi emo yang berstail rock indie, lebih melodik dan kurang onar. Antara band-band awal dalam scene ini adalah Sunny Day Real Estate dan Texas Is The Reason.


(MCR)
Emo sering disalah labelkan untuk band-band mainstream seperti Bullets For My Valentine, Avenged Sevenfold dan sebagainya kerana mempunyai bunyian yang hampir serupa. Band-band seperti My Chemical Romance dan Fall Out Boy juga disalah ertikan sebagai emo kerana penampilan mereka iaitu mempunyai fashion dan stail rambut budak emo.


(Fesyen dan gaya rambut emo)
Di Malaysia, wujud emo rock, emo punk dan sebagainya walaupun sebenarnya genre itu tidak pernah wujud dalam scene emo yang sebenar. Sebenarnya cuma ada emo (emotive hardcore) dan satu bentuk emo yang lebih onar iaitu screamo. Emo rock dan emo punk mungkin wujud disebabkan pengaruh media dan salah faham seperti yang telah dinyatakan di atas.

Kita orang Melayu ada budaya kita sendiri, budaya yang halus, yang cantik Jadi mengapa kita harus mengagung-agungkan budaya luar. Fahamilah sesuatu pekara itu sebelum mengagung-agungkannya. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk... kita jadikan sempadan. Pemuda Islam, Alhamdulillah...

1 comments:

Zoew said...

What the hell is it?
(Apakah neraka?)