Sejak akhir-akhir ini kita banyak dihidangkan dengan kisah-kisah mistik dalam tv. Ada yang berbentuk drama bersiri, ada yang berbentuk filem dan ada juga yang berbentuk telemovie. Tapi ada satu masa saya menonton satu drama melayu didalam tv. Jumaat keliwon kalau tidak silap saya. Ia mengisahkan tentang pengamal ilmu sihir yang menggunakan sihirnya untuk tujuan jahat. Akhir cerita, dia dikalahkan oleh satu lagi ahli sihir baik. Apa itu sihir? Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
RASUKAN
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan.Tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.
Kesimpulannya disini, tiada apa yang baik melalui sihir, ia adalah haram walaupun untuk berubat, ingatlah "matlamat tidak menghalalkan cara". Saya tidak bersetuju dengan penamat drama tv tersebut iaitu ahli sihir jahat dihukum oleh ahli sihir baik.Ia boleh meracuni mentaliti generasi muda. Berserah diri kepada Allah S.W.T. dan berdoalah kepadanya. Semoga kita semua dirahmati-Nya. Pemuda Islam, alhamdulillah.
A Rose for Emily
-
A Rose for Emily
By:Joseph Robinette,William Faulkner
Published on 1983 by Dramatic Publishing
This Book was ranked at *36* by Google Books *for* keyword ...
5 years ago
3 comments:
Pemuda seperti inilah yg diharapkn untuk menerajui dunia Islam...
buang yg keruh ambil yg jernih...
yg baik dijadikn tauladan.. yg jahat dijadikan sempadan....
WTH....
barulah aku tau harry potter anak buah nenek kebayan...
aku ingatkan cucu buah selama ni..
well.. tu sumer rahsia jk rowling.
Post a Comment